cara mengawal stress
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!
korang boleh gelar aku sebagai pelajar sekolah,sebab apa?
sebab aku masih sekolah laa..sebenarnya tujuan aku buat blog ini kerana aku nak jadikan blog ni sebagai hobi baru aku yelaa aku mana ada hobi tetap jadi selepas ni aku boleh la buat blog bila aku bosan,kan?
hmmm aku nak buat blog tentang apa ye?
HAA!!disebabkan aku ni jenis yang mudah marah dan cepat sangat nak stress bagai
Jadi,,aku nak share kat korang macam mana aku dapat kawal stress ni ikut cara aku okey?
harap-harap korang terima la ye!!
CARA-CARANYA IALAH JENG JENG JENG
1. CARI BENDA ATAU BUAT BENDA YANG KITA SUKA
KALAU AKU:
MAKAN
aku suka sangat makan bila stress,sebab selepas makan,aku rasa macam hilang je semua stress tau
JALAN-JALAN MAKAN ANGIN
kadang-kadang aku keluar dengan adik aku pergi jalan-jalan keliling rumah,,BEST!!!masa itu kitaorang akan berbual,main-main dan lain lain lagi..kalau family aku ajak pergi jalan-jalan aku lebih suka ikut tak kira la pergi mana pun sebab dengan cara tu la aku dapat tenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam yang selalu membuatkan aku terpesona...
TIDUR
perkara yang selalu aku buat hehe tapi aku tak rasa aku sorang je buat benda ni kan?
MEMBACA
yang ni pun korang boleh cuba,even korang ni jenis yang tak suka membaca,sebab buku ni ada banyak jenis tau contohnya komik ke?novel ke? kalau aku suka buku jenis sci fi best!!
TENGOK MOVIE ATAU DENGAR LAGU
aku lebih suka tengok movie berbanding dengar lagu tapi semua orang kan jenis lain-lain tak sama la dikatakannya
2.CARI TEMAN RAPAT
korang cari la kawan yang boleh dengar masalah korang,mana tahu dapat kurang kan beban tu..kalau aku pula,disebabkan aku ni baru je pindah,, semuanya masih baru laa..aku masih tiada kawan rapat dekat sini hmm,, jadi aku telefon kawan-kawan aku yang berada di tempat lama la tu je cara aku hilangkan stress,aku bagitau mereka tentang apa yang aku rasa..
selain itu,korang juga boleh kongsikan masalah korang pada ibu dan bapa korang!!
3.SENTIASA ISTIGHFAR DAN BERSELAWAT(BAGI YANG ISLAM)
bila aku amalkan perkara ni,aku rasa tenang kalau korang tak percaya korang boleh cuba ye
okey la tu je yang dapat aku kongsikan dengan korang!!aku harap korang dapat terima la aku punya tips yang ringkas ni..aku minta maaf sekiranya aku ada tersilap tulis ataupun cara penulisan aku ini kurang memuaskan atau idea aku nampak klise..blog ini dicipta untuk aku tingkatkan bentuk atau cara penulisan aku..aku rasa sampai sini je..semoga hari korang sentiasa ceria dan bahagia.
P/S:KALAU AKU ADA TERSILAP KE BOLEH TULIS DI RUANGAN COMMENT YE?
TERIMA KASIH KERANA BACA AKU PUNYA PENULISAN
ASSALAMUALAIKUM DAN BYEE!!
Comments
Post a Comment